nuffnangers

Entri BM sempena Aidiladha

Entah kali ke berapa aku menyambut Raya Haji di negeri orang. Terasa sayu bila mendengar takbir raya di awal pagi. Bayangkan mereka yang terpaksa menyambut raya lebih jauh di negara asing. Entah apa perasaan mereka. Namun ini salah satu pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi mencari sesuap nasi...Inilah lumrah kehidupan zaman sekarang. Mereka yang di kampung berhijrah ke bandar unutk mencari peluang yang lebih cerah....Ada yang berjaya dan ada yang hanya boleh melihat orang lain gembira kerana berjaya mencapai matlamat hidup...Mereka di perantauan hanya dapat menumpang kasih dan ihsan orang asing dan menganggap mereka seperti keluarga sendiri...Sayu................